tinta coretan_linguis

About Me

My photo
mya...
ukm,bangi, selangor, Malaysia
mengkaji dan mengamati fenomena bahasa yang ada dimuka bumi ni... mari renung2kn n byk2 beramal... hahahaha
View my complete profile

terkini dariku....

  • ▼  2009 (15)
    • ►  07/26 - 08/02 (5)
      • pencemaran bahasa....erm....wujud atau tidak...png...
      • lagi tentang pencemaran
      • rujukan : utusan malaysia online "pencemaran bahasa"
      • sumber dari: http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.ns...
      • by: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=...
    • ►  08/02 - 08/09 (3)
      • pendapat mya
      • pesta floria09 (putrajaya)
      • pesta floria09
    • ►  08/09 - 08/16 (2)
      • ape yg berubah???
      • terhangat di pasaran....sure meletop!!
    • ►  08/16 - 08/23 (3)
      • sinopsis cerpenku 'ZIHA'
      • rahmat yang tidak terkira
      • kepedasan ice cream....
    • ►  08/23 - 08/30 (1)
      • mari mengamati kesucian ramadhan....
    • ▼  10/18 - 10/25 (1)
      • linguistik thn3 makin seruuuu..

chintamu muzik di hatiku-vamos escuchar musica- Gusta!!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

my style

Blogger Templates Blogger Templates
Blog Backgrounds
MySpace Comments

Search This Blog

Followers

My Blog List

  • momok
    Dunia Kini...
    9 years ago
  • kuey teow kungfu' kdai apex
    Peristiwa Aidiladha...:)
    13 years ago
  • icecreamspicy
    Is DEPTH not LENGTH
    14 years ago
  • aty kering body basah
    muke demam...
    14 years ago
  • muni

demi masa

Thursday, October 22, 2009

linguistik thn3 makin seruuuu..


baru aku tau dak2 klas aku ni sporting gak..ingtkn dorg ni just duk bilik study jek..hahaha..thanks u guys 4 this memory...
Posted by mya... at 8:24:00 AM 1 comment:

Friday, August 28, 2009

mari mengamati kesucian ramadhan....


siapa ka gerangan sang gadis ini??berdasarkan sumber yg boleh dipercayai...wanita ini mempunyai hub dengan jejaka di dalam pict ini... sejau mana hal ini benar??
siasatan akan dilakukan..ini disebabkan oleh banyaknya gosip di setiap blog2 aty kering... kire terhangat di pasaran la..mcm kuewtiaw yang dijual di kdai apex la panasnya...
Posted by mya... at 5:44:00 AM 3 comments:

Thursday, August 20, 2009

kepedasan ice cream....

ice cream ni mmg sdp dmkn...lot s of flavour...but this icecream it to hot n spicy...u all know y??
i tell u some fact about this ice cream...
  1. if she bukak je mulut...perh...berapi beb ayat die...
  2. ada je point die nk bahan org lain..
  3. mcm ice cream vanila.puteh..but xlemak langsung..terasa pedas je..
  4. sape yg da kne 2 mmg sure berapi..
  5. but yg bgsnya si ice cream ni kepekaan dia tinggi
  6. but kalo isu semasa dia pekak cikit..
  7. 1lg statment yang dia wat mmbunuh..
ermmm....xtau la pe lg...kalo korg rase ada lg yg aku xlistkn kat cni..sila fill in the blank k...
hahahahahahahah
Posted by mya... at 7:06:00 PM 3 comments:

rahmat yang tidak terkira

selamat menyambut ramadhan al-mubarak...semoga bulan pose yg ini akan membawa seribu keinsafan segunung penyesalan dan sejuta pengampunan antara kita dengan Ilahi dan kita sesama manusia..kepada limguis ukm sekalian...banyak2 beramal dibulan pose ini...
Posted by mya... at 6:26:00 PM 1 comment:

Wednesday, August 19, 2009

sinopsis cerpenku 'ZIHA'

seorang mahasiswa yang tidak dipandang bangga oleh keluarganya. abang dan akaknya sudah pun memperlehi segulung ijazah. hanya dia dan adiknya sahaja seang meneruskan perjuangan di medan pertempuran yang tidak langsung dibantu oleh kedua ibubapanya. segalanya harus ditanggung sendiri. akak dan abang hanya la berteraskan darah daging yang tidak dapat mambantu dalam mengharungi hidupnya di bandar.

"hello,ko watpe? mak nak mintak duit sikit. pinjaman ko da masukkan?. bagi mak sikit. mak nak pakai duit ni along ko nak tunang, nak wat beli barang hantaran dia, " begini la fenomena setiap kali emaknya meneleponnya. jarang sekali maknya bertanyakan kabar dirinya asik sahaja bertanyakan duit.
mungkin ini kerana dia dilahirkan dalam keadaan yang xserba kekurangan. bapanya hanyala seorang petani dan ibunya surirumah sepenuh masa.
sedih sekali apabila melihat rakan lain yang memiliki ibu yang sangat perihatin terhadap anak masing-masing. kadang terfikir kenapalah dia tidak dapat ibu seperti ibu yang lain. sejenak itu,dia cepat-cepat beristifar dan mengucapkan kata syukur kepada tuhan yang Maha Esa kerana sekurang-kurangnya dia masih lagi mempunyai ayah dan ibu.

"saya sayang awak. kalau awak membenarkan saya melakukan ini keatas awak. saya akan jaga awak sampai bila-bila" ini la ungkapan sang keksaih hati. trfikir akan hidupnya yang tidak dipedulikan oleh keluarganya,dia merelakan sang kekasih menjamah dirinya. dengan harapan kehidupannya berubah menjadi lebih senang. hilang harga diri bukan perkara yang lagi menjadi tabu dalam msyarakat dewasa ini detik hatinya.

namun dia tidak tahu akibatnya dibelakang hari,bagaimana nasib dirinya. adakah keluarganya akan sayang kepadanya atau semakin benci dan terus menjdaikannya sebagai sampah keluarga mereka yang masing berjaya dalam kehidupan dan hanya dia sahaja menjadi pisang yang busuk dalam tandanya. 'dia..............'ziha'
Posted by mya... at 10:40:00 PM 1 comment:

Thursday, August 13, 2009

terhangat di pasaran....sure meletop!!


  • kisah ni bermula selepas klas B.asing td...sebuk aku n c-momok ni berjalan balik ke bilik...tetibe je ktorg ternampak jejaka linguis ni dtg ke kolej ku.... walhal jejaka ni punye la jauh kediaman die.. n xpenah plak aku nmpk die bwk moto... slalunya die naik bas je balik resort die 2... aku n c-momok ni tggu la dgn aty yg sabarnye...nk tau la sape kah gerangan gadis yg die nk jumpe...yg aku tau...gadis idamannye 2 mmg la kolej aku..blok (..)tp yg jejaka ni tggu di blok (,,,)..xke pelik kn??
  • puas aku n c-momok ni tggu smpai la kami berpatah aty n melangkah satu persatu ank tangga yg ada...
  • finalmante....si gadis muncul juga...hahaha.. n we all berlari2 ke atas semula ingin melihat dgn jelas rupa si gadis...mmg sah!! bukan dak klas aku(gadis yang terlibat)..dengan selamba aku lalu dpn si jejaka n si gadis n snap 1photo... huh.... bukti la katakan...da mcm paparazi da kami ms 2...
  • erm...persoalannye skunk ni....
  • siapakah gerhangan gadis tersebut???
  • apakan perhubungan mereka???
  • adakah si jejaka layak menjadi ratu scandal???
  • erm....explain plize!!!!!!!!!!!
Posted by mya... at 6:29:00 PM 23 comments:
Labels: http://www.blogger.com/img/blank.gif

Tuesday, August 11, 2009

ape yg berubah???

erm..ble sume org mule berubah...
ape yg aku nk merepek ni??
pejai la ni...erm...
agk2 la sape yg bnyk berubah?
yg aku nmpk zul...
huhuhu
manusia boleh berubah... xkesah la dr ape sudut skali pn...baik ke bruk,buruk ke baik...
ape yg penting........
aty kne baik woooo
Posted by mya... at 9:06:00 PM 4 comments:

Friday, August 7, 2009

pesta floria09



best....
harmoni je rasa....
huhuhuhu
Posted by mya... at 4:22:00 AM 5 comments:

pesta floria09 (putrajaya)


wah....bestnya g pesta floria kat putrajaya....
tgk bunga2 yg cntik....
ilang jap tension wat tesis....
huhuhuhu
Posted by mya... at 3:41:00 AM 4 comments:

Monday, August 3, 2009

pendapat mya

  • pencemaran bahasa ini merujuk kepada penggunaan bahasa tertentu pada laras yang salah.
  • Fenomena seprti ini bukan sahaja berlaku pada bahasa melayu sahaja,mala ia juga berlku pada semua bahasa didunia. Apa yang berlaku di sini, bahasa ini mengalami perubahan dari segi sebutan (dalam konteks lisan), dan ejaan( dalam konteks penulisan).
  • Bagi mya, tak salah jika bahasa itu digunakan jika kena dengan konteks yang betul dan sesuai. Samalah jika kita umpamakan cara pemakaian kita seharian. Kita tidak dikatakan tidak sopan jika kita memakai tshirt dan seluar pendek jika bermain bola dan bersukan. Namun, kita mengajar anak-anak kecil pakai yang sopan dan tidak. Dan bagaimana mereka dapat membezakan sopan itu ketika apa dan dimana tempat dan situasi. Begitu juga dengan bahasa, kita mengangap bahasa itu tidak sopan jika dalam majlis formal, dan bahasa itu akan menjadi biasa apabila kena dengan keadaan dan situasinya. Contohnya, seorang penceramah akan menggunakan bahasa yang standart apabila sedang menyampaikan ceramahnya, dan akn menggunakan bahasa pasar di tempat awam semasa di kedai, pasar, dan sebagainya. Beliau tidak dikatakan mencemarkan bahasa apabila bertutur menggunakan bahasa pasar.
  • Namun apa yang dikatakan bahasa kita tercemar ini adalah apabila penggunaannya tidak lagi disesuaikan dengan laras yang betul.
  • Ini semua disebabkan oleh pengaruh media yang kian pesat membangun.
  • Mya sendiri tidak menafikan pengruhnya yang sangat besar keatas generasi muda yang masing-masing mempunyai handset,yang sangat rapat dengan pekembangan bahasa mereka.
  • Zaman yang serba canggih sekarang ini menyebabkan mereka mencipta perkataan yang mudah,cepat,ringkas, dan senang dalam berkomunikasi.
  • Kalau boleh semua mereka hendak pendekkan, kecikan, ringkaskan.
  • Seiring dengan teknologi yang kian hari kian kecil. begitu juga bahasa yang kian hari kain ringkas.
Posted by mya... at 1:28:00 PM No comments:

Saturday, August 1, 2009

by: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bb5ca6df-ca9db1d0-c0c18f00-30407b2b

Dewan Bahasa dan Pustaka tiada kuasa ambil tindakan terhadap penyalahgunaan bahasa

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan bahasa Melayu secara tidak betul sama ada daripada segi sebutan mahupun tulisan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Rabu.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mahadzir Mohd Khir berkata DBP hanya boleh memberi teguran serta nasihat kepada pihak terbabit tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan terserah kepada pihak berkenaan untuk menerima pakai teguran serta nasihat itu.

"Sehingga kini kerajaan berpuas hati terhadap peranan yang dijalankan oleh DBP dalam memberikan teguran serta nasihat kepada pihak tertentu yang didapati menggunakan istilah bahasa Melayu yang tidak betul," katanya ketika menjawab soalan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai).

Mahadzir berkata kerajaan tidak berganjak daripada pendiriannya untuk mendaulatkan bahasa Melayu tetapi soal sama ada berlaku pencemaran atau tidak dalam bahasa itu bergantung kepada penggunanya sendiri.

Mana-mana pihak yang merasa ragu terhadap istilah bahasa Melayu yang mereka gunakan bolehlah merujuk kepada DBP untuk mendapatkan nasihat, katanya.

Menjawab soalan asal daripada Tan Sri Dr Ting Chew Peh (BN-Gopeng), beliau berkata kajian DBP mendapati kebanyakan pencemaran bahasa berlaku dalam aspek ejaan, penggunaan istilah, perbendaharaan kata, sebutan dan penambahan.

Kebanyakan pencemaran bahasa dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan.

Mahadzir berkata pemantauan DBP sepanjang tahun lepas dan tahun ini mendapati penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam sektor perdagangan dalam negeri, kompleks membeli belah, francais makanan, produk makanan dan minuman, produk telekomunikasi dan elektronik, industri perhotelan dan pelancongan, industri kewangan dan media massa.

"Masalah pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek," katanya.

Posted by mya... at 1:37:00 AM No comments:

sumber dari: http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/8521d968204e8b454825697400224ca6/c17aa7c3faf47eee48256e4b000a072e?OpenDocument

AKHBAR / NEWSPAPER:LAIN-LAINSEKSYEN / SECTION:
TARIKH / DATE:15-Feb-2004HARI / DAY: AHAD
ISU / ISSUE:KERAJAAN TEMPATANMUKA SURAT / PAGE: 18
TAJUK / TITLE: SMS rosakkan bahasa



Teks Keratan

KUALA LUMPUR: Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung
di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan
merosakkan bahasa.
Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas
itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan
masyarakat dan pelajar sekolah.
Malah, antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan
berpunca daripada budaya perkhidmatan SMS dan sembang Internet di kalangan
pelajar.
Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti
yang dilakukan ketika bersembang atau SMS.
Setiap hari kita dapat melihat iklan SMS yang memaparkan penggunaan kata
singkatan, kod atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak.
Mengulas mengenai perkembangan bahasa SMS, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata langkah meminimumkan
bahasa ketika berhubung dengan SMS sememangnya tidak dapat ditolak kerana
ruang yang disediakan terhad.
Menurutnya, singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu banyak
digunakan untuk menggantikan maksud sebenar.
Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya
maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang
terhad itu.
Beliau berkata, penggunaan bahasa yang minimum itu tidak salah jika
hanya digunakan ketika berhubung melalui SMS, seperti juga menulis dengan
trengkas.
Bagaimanapun, masalah yang timbul sekarang ialah bahasa SMS terbawa-bawa
kepada penggunaan rasmi hingga merosakkan bahasa.
Pencemaran
"Jika pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dengan ragam
bahasa basahan, pencemaran bahasa akan berlaku. Oleh itu, seseorang itu
tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bahasa basahan hingga
menggunakannya ketika melakukan urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi
dan memo," katanya.
Antara contoh penyampaian dalam SMS ialah `x' bagi maksud tak atau
tidak, `4' (untuk atau for), `cnma' (macam mana), `yg' (yang), `u' (awak),
`tq' (terima kasih), `ok' (okey), `lg' (lagi), `g' (pergi) dan `p'kdmtn'
(perkhidmatan).
Menurut Dr Awang, walaupun perhubungan bersifat peribadi melalui SMS
tidak dapat dielakkan, tidak sepatutnya bentuk gaya bahasa itu
diketengahkan.
"Saya yakin semua pemilik telefon bimbit menggunakan bahasa ringkas
ketika berhubung melalui SMS kerana ruangnya terhad.
"Penggunaan bahasa ringkas itu tidak salah, tetapi bahasa akan jadi
rosak jika terbawa-bawa dalam penggunaan bahasa rasmi. Ini berlaku jika
pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dan tidak rasmi,"
katanya.
Menurutnya, pengaruh bahasa SMS tidak meluas jika pengguna tidak
menggunakan bahasa ringkas itu ketika berurusan rasmi, tulisan, memo, nota
dan surat.
Bagaimanapun, katanya, DBP tidak dipertanggungjawabkan dalam mengawal
penggunaan bahasa ketika berhubung dalam bentuk peribadi seperti melalui
SMS, seperti juga dengan penggunaan bahasa dalam perbualan harian di
kalangan masyarakat.
"Tanggungjawab DBP ialah memajukan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi
seperti dalam bidang pendidikan, pentadbiran, media massa, bahasa di
tempat awam dan undang-undang.
"DBP tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam
SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang
mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian bagi mengelakkannya
merosakkan bahasa," katanya.
Beliau berkata, bagi mengelakkan bahasa rasmi tercemar akibat penggunaan
bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu
membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi.
Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa
di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan
pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak.
"Dalam semua bahasa, ada bahasa tinggi dan bahasa basahan atau
percakapan seharian. Masalahnya, dalam masyarakat kita, orang selalu tidak
peka terhadap wujudnya sistem bahasa rasmi hingga berlaku kejadian
mencampuradukkan bahasa," katanya.
Menurutnya, usaha mengelakkan bahasa rasmi tercemar oleh bahasa SMS
patut dipikul oleh semua pihak, misalnya DBP turut memberi khidmat nasihat
bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran.
"Pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam
hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan
memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul.
"Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau
pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan
Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata
DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan.
Katanya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-
undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan
mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau
papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.
(END)

Posted by mya... at 1:13:00 AM No comments:

rujukan : utusan malaysia online "pencemaran bahasa"

ARKIB : 03/01/2005

Bahasa, Sastera - Tahun 2004 penuh getir

Oleh LAWRENCE QUEK


DALAM diam isu dan status bahasa Melayu menjadi salah topik yang sering diperkatakan sehingga menjadi tema utama kepada beberapa pertemuan.

Pertemuan Angin Timur Laut di Kuantan, Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu 2004 dan Kongres Bahasa Utama telah memperkatakan secara kritis mengenai nasib dan hala taju bahasa yang berstatus kebangsaan itu pada tahun-tahun mendatang.

Itu tidak mengambil kira pertemuan atau seminar lain yang turut memperkatakan segala bentuk permasalahan dalam bahasa Melayu.

Lebih memburukkan beberapa isu nasional yang memperlihatkan sikap dan kesungguhan melihat bahasa yang menggambarkan citra penggunaan bahasa yang keliru dan mencemarkan imejnya.

Di sebalik usaha memartabatkan bahasa Melayu para pejuang dan pencintanya pula begitu mudah mendapat label sebagai chauvinis dan pelampau bahasa.

Namun dalam ketandusan gerakan dan perjuangan yang benar-benar mantap serta mendapat dorongan politik, sikap seperti ini merupakan pilihan yang ada dalam berdepan dengan situasi yang anarkis.

Tanpa kesungguhan daripada kelompok yang teguh semangat dan kecintaan, bahasa Melayu hanya menunggu saat kehancuran.

Sikap

Rempuhan pemodenan yang menjadi alasan untuk mengetepikan bahasa tidak dapat disangkal kerana sikap pengguna yang tidak prihatin dan bersikap ambil mudah.

Malah bahasa yang bersifat `separuh ular, separuh belut' menjadi santapan mulut dan dijaja untuk menjadi perkataan yang wajib dipakai sebagaimana infotainmen dan sure heboh.

Sebab itu kesan daripada pertemuan dan resolusi yang dikeluarkan memerlukan penegasan yang menuntut suatu tahap perjuangan agresif.

Sikap berlembut atau perjuangan pasif demi mengekal status organisasi dan kepentingan peribadi hanya akan menjerumuskan nasib bahasa dan budaya ke tahap kehancuran.

Kegagalan menegaskan resolusi Pertemuan Angin Timur Laut misalnya merupakan satu yang bertentangan dengan aspirasi pertemuan tersebut. Tentunya mendukacitakan apabila semangat pertemuan itu tidak membuahkan hasil dan sekadar menjadi kertas kerja atau cakap-cakap kosong.

Demikian juga resolusi Kongres Rumpun Melayu di Johor Bahru masih belum dapat dilihat keberkesanannya dalam mengekalkan bahasa dan budaya penduduk asal sebagai teras yang dijunjung.

Sikap selalu beralah dalam soal berhubung dengan budaya dan bahasa dilihat lebih merugikan. Tanpa meragukan perlu adanya sikap tolak-ansur, sikap beralah sebenarnya akan menghilang bisa dan kekuatan sendiri dan tidak memberikan faedah untuk jangka masa panjang.

Fenomena pencemaran bahasa yang berlaku sepanjang tahun menggambarkan sikap sebenar pengguna bahasa dan kesungguhan pihak yang diberi tanggungjawab seperti pihak-pihak berkuasa tempatan (pbt) menjalankan tugas. Malah khabar yang membenarkan pengiklan menggunakan bahasa yang disukainya pada papan-papan iklan menunjukkan sikap dan prejudis terhadap bahasa Melayu.

Membentuk sikap bukanlah usaha mudah, tetapi memerlukan masa yang panjang, dan pembentukan dan membaiki keadaan perlu dilakukan dengan segera.

Sikap peka, prihatin dan lekas bertindak memang dituntut pada ketika ini, namun kelekaan masyarakat masih menjadi masalah besar, kerana perjuangan bahasa dan budaya tidak pernah menjadi agenda atau perlu dipedulikan.

Teras

Pertubuhan bahasa, sastera dan budaya sewajarnya menjadi badan pendesak bukan atas nama menjadi golongan penentang, tetapi keperluan untuk melihat kelangsungan kepada jati dirinya sebagai teras kepada pembentukan sebuah negara bangsa.

Tidak jauh nasibnya dengan bahasa dan budaya, sastera Melayu juga mengalami masalah dan dilema serupa apabila berdepan dengan pelbagai kemelut.

Pelbagai usaha yang pernah dan sedang dilakukan tidak menjamin kelangsungan sastera Melayu, apabila penerimaannya dilihat semakin merosot.

Contoh paling klasik apabila sekolah-sekolah tidak mahu menawarkan mata pelajaran sastera di sekolah dengan alasan tidak menjaminkan masa depan. Jika adapun sekadar melepaskan batuk di tangga kerana seperti dikhaskan kepada pelajar yang diistilahkan `mata merah.'

Umum mengetahui sastera di sekolah tidak seperti matematik dan sains yang akan menjelaskan arah kerjaya pelajarnya yang cemerlang

Namun di negara-negara maju, karya-karya sastera menjadi bahan bacaan tetap para pelajar sehingga masyarakatnya begitu positif serta proaktif kepada sastera dan kesenian.

Secara umumnya sikap dan pemikiran masyarakat di negara terhadap sastera masih dianggap lemah dan skeptik sehingga menganggap sastera sebagai suatu yang eksklusif untuk orang sastera sahaja.

Membaiki masalah bahasa dan sastera adalah usaha membetulkan sikap, persepsi dan idealogi penutur dan khalayaknya, serta memahami bahawa kedua-duanya tidak hidup semata-mata dengan slogan yang muluk atau sekadar pada kertas-kertas kerja dan ilmiah.

Masalahnya perjuangan bahasa, sastera dan budaya hari ini kehilangan taring, atau pejuangnya tidak lebih daripada harimau kertas yang tua serta lusuh ditelan zaman.

Posted by mya... at 12:41:00 AM No comments:

Friday, July 31, 2009

lagi tentang pencemaran

pencemaran ialah sesuatu yg tidak baik n akibatnye memudaratkan...
apabila pencemaran berlaku pada bahasa, kita akn beranggapan bhs itu sudah tercemar...
tercemar dari segi apa???
erm....bukan saja BM yg mngalami fenomena mcmni..
ia jg berlaku pd bahasa2 lain d dunia ni...
bhs ni sgt besar n abstrak...susah di kawal...
atas individu tu sndiri yg nk mnjgnye or xkesah ttg nye...
asalkn die leh berkomunikasi ngn org lain,n org lain tu phm...
lg pn teknologi yg semakin canggih akn mmbuatkn bhs itu sendiri mngalami anjakan.
bayangkan seseorg menulis msj dlm fn,mggunakan ayat yg lengkap n mengikut sintaksis yg btol n ejaan yang btol..
ape yg blaku di sini, sistem itu tidak lagi dikatakan short msage system...
hehehe...
Posted by mya... at 1:49:00 PM No comments:

Thursday, July 30, 2009

pencemaran bahasa....
erm....
wujud atau tidak...
pnggunaan 2 bhs dlm pertuturan, myb dkatakan sbg pencemaran or x dianggp pencamaran...
come...lets thinks bout that....
Posted by mya... at 7:23:00 PM 1 comment:
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pitbull Lyrics

me tesis rutina diaria .. Penyelia : Senora Harishon Radzi

calendario 'dos mil nueve'


MySpace Calendars