- pencemaran bahasa ini merujuk kepada penggunaan bahasa tertentu pada laras yang salah.
- Fenomena seprti ini bukan sahaja berlaku pada bahasa melayu sahaja,mala ia juga berlku pada semua bahasa didunia. Apa yang berlaku di sini, bahasa ini mengalami perubahan dari segi sebutan (dalam konteks lisan), dan ejaan( dalam konteks penulisan).
- Bagi mya, tak salah jika bahasa itu digunakan jika kena dengan konteks yang betul dan sesuai. Samalah jika kita umpamakan cara pemakaian kita seharian. Kita tidak dikatakan tidak sopan jika kita memakai tshirt dan seluar pendek jika bermain bola dan bersukan. Namun, kita mengajar anak-anak kecil pakai yang sopan dan tidak. Dan bagaimana mereka dapat membezakan sopan itu ketika apa dan dimana tempat dan situasi. Begitu juga dengan bahasa, kita mengangap bahasa itu tidak sopan jika dalam majlis formal, dan bahasa itu akan menjadi biasa apabila kena dengan keadaan dan situasinya. Contohnya, seorang penceramah akan menggunakan bahasa yang standart apabila sedang menyampaikan ceramahnya, dan akn menggunakan bahasa pasar di tempat awam semasa di kedai, pasar, dan sebagainya. Beliau tidak dikatakan mencemarkan bahasa apabila bertutur menggunakan bahasa pasar.
- Namun apa yang dikatakan bahasa kita tercemar ini adalah apabila penggunaannya tidak lagi disesuaikan dengan laras yang betul.
- Ini semua disebabkan oleh pengaruh media yang kian pesat membangun.
- Mya sendiri tidak menafikan pengruhnya yang sangat besar keatas generasi muda yang masing-masing mempunyai handset,yang sangat rapat dengan pekembangan bahasa mereka.
- Zaman yang serba canggih sekarang ini menyebabkan mereka mencipta perkataan yang mudah,cepat,ringkas, dan senang dalam berkomunikasi.
- Kalau boleh semua mereka hendak pendekkan, kecikan, ringkaskan.
- Seiring dengan teknologi yang kian hari kian kecil. begitu juga bahasa yang kian hari kain ringkas.
Dunia Kini...
8 years ago
No comments:
Post a Comment